Pages

Sabtu, 3 Januari 2015

Salam Maulidur Rasul 1436H/ 2015 M

Teks: Siti Husnaa


Ketika saya sedang menulis ini tarikhnya ialah 3 Januari 2015 Masihi. Dalam tahun Hijrah,tarikhnya ialah 12 Rabiul Awal tahun 14536H.

Jadi, mengambil sempena kelahiran Nabi Muhammad s.aw, marilah kita berselawat kepada baginda seberapa yang boleh terlebih dahulu.




Kelahiran baginda sememangnya telah dinantikan oleh seluruh makhluk yang berada di bumi ketika itu. Allah telah mempersiapkan kehidupan dengan rancangan yang rapi buat baginda untuk membawa agama Islam ke seluruh dunia akhir zaman ini.  Alhamdulillah, agama Islam yang diajarkan oleh baginda menjadi panduan dan pegangan oleh seluruh makhluk sehingga kini.


Bacalah serba sedikit biografi tentang Rasulullah. Moga menambahkan kecintaan kita kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w.


  • Nama: Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muttalib bin Hashim. 
  • Nama bapa: Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim Bin Abdul Manaf Bin Qusay Bin Murrah.
  • Nama ibu: Aminah Binti Wahab Bin Abdul Manaf Bin Zuhrah Bin Kilab Bin Murrah
  • Nama nenek sebelah bapa: Fatimah Binti Umar Al-Makhzumiyah
  • Nama nenek sebelah ibu: Burrah Binti Abd Uzza Bin Usman Bin Abdul Dar Bin Qusay bin Murrah
  • Tarikh lahir: Isnin, sebelum matahari terbit pada pagi Subuh, 12 Rabiulawal tahun ke-53 sebelum Hijrah/ 20 April 570 Masihi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
  • Tempat Lahir: Makkah Al-Mukarramah berhampiran bukit Sofa (Rumah Abu Talib)( Tempat tersebut dibangunkan sebagai perpustakaan Makkah dan masih wujud sehingga kini.
  • Tarikh diangkat menjadi Nabi dan Rasul: 27 Ramadhan tahun ke-13 sebelum Hijrah/ 609 Masihi ketika di Gua Hira'.
  • Jantina: Penghulu Lelaki
  • Agama: Penghulu agama Islam
  • Pekerjaan:
  1. Pengembala kambing 
  2. Berniaga (Sehingga umur 40 tahun) 
  3. Bertugas secara rasmi sebagai Nabi/ Rasul (Menyampaikan Risalah Allah)
  • Tanda Istimewa: Cop kenabian di antara dua bahu Nabi yang sentiasa dinaungi oleh bayangan awan ke mana saja baginda pergi
  • Sifat-sifat:
  1. Wajah: Putih bersih berseri atau bercahaya
  2. Mata: Hitam
  3. Rambut: Hitam
  4. Ketinggian: Sederhana dan berdada bidang
  • Nama bidan: Shifa' Binti Auf (Ummu Abd Rahman)
  • Nama penjaga: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aimandan merupakan hamba 
    perempuan bapa Rasulullah SAW). 
  • Nama penyusu: 
  1. Tsuwaibah Al-Aslamiah (hamba perempuan Abu Lahab)
  2. Halimah bin Dzuaib As-Sa'diyah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
  • Keistimewaan: Rahmat sekalian alam
  • Wafat: Isnin, sebelum tengah hari, 12 Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah/ 632 Masihi di Madinah


Salam Maulidurr Rasul dari saya.
Salam Mahabbah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...